ISMA Kemaman anjur Klinik al-Fatihah, tampil kelainan kepada peserta Akademi Remaja KRIM

 

KEMAMAN, 8 Okt- “Aktiviti yang menarik dan mencabar untuk menyelesaikan tugasan di setiap checkpoint kerana melibatkan orang awam”, demikian maklumbalas peserta Fit and Fun yang diadakan di Padang Astaka, Kemaman.

Program anjuran Akademi Remaja KRIM (KRIM) Kemaman yang diadakan pada Jumaat lalu telah mengumpulkan seramai 75 orang pelajar sekolah menengah sekitar Kemaman seperti MRSM Ketengah Jaya, Institut Yayasan Terengganu, Imtiaz Kemaman, SMA al-Falah, SMK Geliga, SMK Mak Lagam, SMK Sultan Ismail dan SMK Binjai.

Berkonsepkan aktiviti explorace, para peserta Fit and Fun telah dibantu oleh 20 orang fasilitator daripada Institut Pengajian Islam (INSPI) dan Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Kemaman. Selain menyihatkan badan. program ini juga bertujuan membentuk remaja contoh kepada masyarakat.

Pada masa yang sama, Biro Dakwah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kemaman juga menganjurkan Klinik al-Fatihah kepada orang awam bagi yang berminat untuk memperdengar dan membetulkan bacaan surah al-Fatihah. Klinik berkonsep ‘singgah dan baca’ ini memudahkan para pengunjung menyemak bacaan mereka dan mengaplikasikannya dalam solat harian. Rata-rata mereka berpuas hati dengan penganjuran klinik ini.

Klinik al-Fatihah adalah program bulanan ISMA Kemaman yang diadakan pada hari Jumaat minggu pertama setiap bulan di Padang Astaka, Chukai, Kemaman seawal jam 7.30 pagi hingga 11.00 pagi.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *