Isma KL berkongsi teknik penyembelihan bersama DBKL

Kuala Lumpur, 4 September – Kakitangan DBKL berasa bertuah kerana dapat  mempelajari teknik-teknik penyembelihan lembu dari  Ustaz Mohd Akib Bin Abdullah dan Ustaz Hasanuddin Bin Mokhsad yang sangat berpengalaman daripada ISMA Kuala Lumpur dan Masjid Negara di Majlis Ibadah Korban yang dianjurkan oleh ISMA KL dengan kerjasama Jabatan Penguatkuasaan DBKL.

Semua kerja gotong-royong berjalan dengan sangat lancar bermula seawal 7 pagi dengan proses penyembelihan, melapah dan memasak dengan bantuan  50 orang ahli ISMA KL, 200 kakitangan DBKL dan 30 orang Persatuan Orang Buta Malaysia.

 Majlis Ibadah Korban diteruskan dengan agihan daging kepada peserta dan asnaf serta jamuan makan tengah hari.
Para hadirin turut disajikan dengan tazkirah daripada Ustaz Mohd Akib Bin Abdullah berkenaan pentingnya nilai pengorbanan yang perlu diterapkan pada semua umat Islam.
Tetamu VIP yang turut hadir adalah Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL,Tuan Ab Salim Bin Mansor.
Pihak penganjur berterima kasih kepada pihak DBKL atas kerjasama yang sangat baik untuk program kali ini. Dan diharapkan program sebegini dapat diteruskan dan boleh juga bekerjasama dengan agensi-agensi Isma yang lain untuk program kanak-kanak, remaja, belia, wanita dan pemuda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *