ISMA Klang Serah 32 ‘Bakul Kasih Ramadhan’ kepada ibu tunggal dan anak yatim dan fakir miskin

KLANG, 18 Jun – Sebanyak 32 bakul kasih Ramadhan telah disampaikan kepada ibu tunggal, anak-anak yatim dan fakir miskin pada satu majlis yang berlangsung di Masjid Lama An Nawawi Kg. Delek Kanan di sini. Kesemua sumbangan telah disampaikan oleh Ustazah Noriah Yusoh iaitu Ketua Wanita ISMA Klang dan Puan Hairiah Hussin AJK Muslimat Masjid Lama An Nawawi.

Antara penerima sumbangan ialah adik Adib yang sentiasa menyertai setiap program anjuran NAZIM Klang. Ayahnya adalah penghidap kanser usus yang sentiasa berulang-alik ke hospital untuk rawatan.

“Sumbangan bakul Ramadhan kali ini ialah barangan asas seperti beras, gula dan minyak masak. Selain itu sedikit wang turut diberikan.” Ujar Ustazah Siti Umi Kalsom, Pengarah Program Bakul Kasih Ramadhan.

“Diharapkan dengan sumbangan ini dapatlah menceriakan mereka sepanjang Ramadhan dan menjelangnya hari raya nanti.” Sambung Ustazah Umi lagi.

Disamping itu turut berlangsung ialah pemberian duit raya kepada anak-anak yatim dah fakir miskin yang hadir.

Peyampaian kesemua sumbangan dilakukan sempena program Munajat Ramadhan anjuran bersama Biro Wanita ISMA Klang dan AJK Muslimat Masjid Lama An Nawawi yang berlangsung pada waktu yang sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *