ISMA Kuala Lumpur raikan atlet KERIS 2018

Oleh : Ahmad Hisyam Sabrani

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Majlis penghargaan atlet ISMA KL telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Umar al-Khattab, Pejabat ISMA Kuala Lumpur.

Majlis tersebut yang turut dihadiri oleh Yang Di Pertua ISMA KL, Dr Osman bin Md Rasip, bertujuan menghargai sumbangan para atlet dalam kejohanan Karnival Sukan ISMA Selangor (KERIS 2018) baru-baru ini.

Dalam ucapannya, Dr Osman menzahirkan rasa syukur dan bangga atas persembahan cemerlang para atlet sehingga berjaya merangkul beberapa pingat yang dipertandingkan. Menurut beliau, pencapaian yang boleh dibanggakan ini adalah hasil komitmen para atlet yang ditunjukkan dalam sesi latihan berterusan di bawah bimbingan jurulatih setiap pasukan.

KERIS 2018 telah berlangsung pada 4 Nov 2018 yang lalu bertempat di Universiti Multimedia Malaysia (MMU) Kampus Cyberjaya. KERIS telah mempertemukan 8 cawangan ISMA sekitar Lembah Klang dalam enam acara berasingan. ISMA KL berjaya merangkul pingat emas menerusi acara bola jaring, pingat perak (bola sepak) dan pingat gangsa (futsal), seterusnya melayakkan ISMA KL menduduki tangga ke-4 secara keseluruhan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *