ISMA Kuala Terengganu gesa ahli kenali musuh dalam berjuang

 

Oleh: Mohd Naim bin Yusof

Kuala Nerus, 1 Feb – Ustaz Mohamad Ismail, Ahli Jawatan Kuasa Pusat (JKP) Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) hari ini telah memperingatkan para hadirin di mesyuarat agung tahunan ISMA cawangan Kuala Terengganu tahun 2019 agar dapat mengkaji dan mengenali musuh yang kita hadapi dalam memperjuangkan Islam.

Beliau juga menegaskan bahawa serangan yang kita hadapi hari ini merupakan pertembungan tamadun antara tamadun Islam dan tamadun bukan Islam yang dipelopori oleh musuh, sama ada dari dalam dan luar negara. Idealogi seperti liberalisma, sekularisma, humanisma, pluralisma dan lain-lain idealogi yang bertentangan dengan Islam semakin berani dan kuat di Malaysia.

“Dalam kita berusaha menegakkan Islam, kita mestilah mengenal siapa musuh dan siapa kawan. Kita perlu paham agenda dan ancaman musuh supaya kita boleh bergerak menuju destinasi kita.”

“Musuh yang kita berdepan hari ini bukan sahaja dari dalam negara tetapi juga yang lebih besar atau ‘mastermind’ yang sebenarnya berada diluar sana. Usaha untuk mencairkan identiti negara dan menjadikan Malaysia sebagai negara sekular berterusan dan konsisten sehingga hari ini. Oleh itu, kita hendaklah mengkaji dan paham pergerakan ini, agar kita boleh menyusun strategi yang betul itu menghadapi mereka.”

Ustaz Mohamad Ismail berkata bahawa dengan menyedari ancaman ini, ISMA telah mengambil tanggungjawab dan langkah proaktif dengan mengisytiharkan Malaysia sebagai negara Islam. Berlangsung juga dalam mesyuarat agung tahunan ini majlis pelancaran kempen Malaysia Negara Islam peringkat Kuala Terengganu.

“Perlembagaan Malaysia telah memperuntukkan Islam sebagai agama persekutuan dan bukan agama rasmi. Terdapat perbezaan yang besar antara dua terma ini. Pergerakan sekular berusaha untuk mengubah identiti negara beragama. Menjadi satu kerugian dan langkah ke belakang jika kita tidak berusaha untuk mempetahankan apa yang telah diperuntukkan dalam perlembagaan negera kita ini.”

 

Turut hadir ke mesyuarat agung tahunan ISMA Kuala Terengganu ini Tuan Haji Nor Alias bin Mohamad, Setiausaha HALUAN Terengganu dan Tuan Haji Che Kamaruddin bin Muda, Bendahari HALUAN Terengganu. Mereka turut menanda tangani petisyen Kempen Malaysia Negara Islam yang menyasarkan 1 juta tanda tangan menjelang Mei 2019.

Mesyuarat agung tahunan ISMA Kuala Terengganu telah diadakan di Dewan Sivik Gong Badak, Kuala Nerus. Kira-kira seramai 100 orang ahli ISMA dan jemputan sekitar Kuala Terengganu telah hadir ke mesyuarat kali ini. Lapan orang ahli jawatan kuasa cawangan (JKC) ISMA Kuala Terengganu yang telah dilantik dalam mensyuarat agung ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *