ISMA pergiat promosi produk dakwah

photo-6

KUALA LUMPUR, 21 Mac – Berikutan berlakunya fenomena melibatkan kelemahan pegangan agama masyarakat Islam sejak akhir-akhir ini, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) bercadang untuk mempergiatkan lagi promosi produk-produk dakwah pada fasa akan datang untuk semua peringkat.

Presidennya, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, ISMA akan merangka pelbagai strategi setiap golongan sasaran dengan lebih berkesan.

Kita akan dinamik dan berinovatif dalam menyesuaikan wasail dakwah dengan kemajuan terkini.

“Untuk itu, saya mencadangkan agar diperluaskan kegiatan dengan lebih efisien dalam bidang seni, kebudayaan dan kesukanan.

“Saya ingin menggalakkan elemen kelab-kelab mengikut minat seperti kelab renang, memanah, berbasikal, berkuda, mendaki dan sebagainya, khususnya kepada golongan muda,” katanya ketika berucap dalam Mesyuarat Agung Tahunan ISMA kali ke-14 di Dewan Auditorium Angkasa, Kelana Jaya.

Menurut beliau, ISMA akan memperluaskan produk dakwah ini dalam semua peringkat terutamanya belia, remaja, wanita, kekeluargaan dan pendidikan anak-anak. 09-QUOTE

Tidak dinafikan, semua produk dakwah ISMA sebelum mendapat sambutan yang baik dari kalangan masyarakat.

“Jadi, saya berharap semua agensi dakwah ISMA di semua lapangan dapat merancang dengan lebih baik dengan memberi penekanan kepada promosi dengan badan-badan yang berkongsi matlamat dengan kita.

“Justeru, semua ahli dan petugas ISMA perlu bersiap siaga untuk menjadi perajurit dakwah dengan ciri-ciri pendakwah yang berkesan.

“Antaranya, mestilah berilmu, berketrampilan, cekap, profesional, gagah, berani, bijaksana, pintar, bijak berbicara, cekal, berdisplin, sopan santun dan berbudi bahasa

“Saya percaya, dengan memiliki ciri-ciri tersebut anda akan bersedia menunaikan tanggungjawab dakwah ini pada bila-bila masa di semua medan,” katanya.