Isma Queensland gilap kepimpinan mahasiswa beragenda dengan Lead2Success

Oleh : Siti Nurul Fadhilah Ab Aziz

BRISBANE, 26 April – Isma Queensland telah menganjurkan program Lead2Success sebagai sebahagian komitmennya untuk membangunkan mahasiswa beragenda demi memastikan agar mereka tidak terjerumus dalam kancah keruntuhan moral yang melanda belia mutakhir ini.

Program ini merupakan antara program bersiri yang diteruskan secara berkala di Brisbane. Perkongsian dalam bengkel ini telah disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Isma Australia, Dr Faiz Yaman, yang juga merupakan seorang pakar perubatan keluarga di Brisbane.

Program selama 2 jam ini dihadiri oleh peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang menuntut di University of Queensland.

Antara perkongsian yang digariskan adalah tips untuk membina kemahiran sebagai seorang pemimpin, bagaimana untuk memberi kesan dan motivasi kepada orang lain serta tips komunikasi berkesan. Rata-rata peserta program turut melahirkan rasa berpuas hati degan cara penyampaian dan pengisian yang diberikan.

Menurut Ketua Beliawanis Isma Queensland,  Ain Syazwani, beliau yakin program yang diketengahkan kali ini adalah salah satu usaha Isma Australia untuk mendidik belia untuk mempunyai agenda dan memimpin, dengan membangunkan keperibadian dan memperbaiki diri dalam segenap aspek termasuk akademik, kepimpinan, sahsiah dan sebagainya.

Isma Australia menyeru semua mahasiswa agar menyusun agenda hidup dan membina diri ke arah yang lebih berkualiti. Semoga lebih ramai pelajar hadir di bengkel-bengkel sedemikian di masa hadapan.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *