ISMA sampaikan dakwah kepada masyarakat Orang Asli

YDP ISMA Gombak Zuraidi Zakaria
GOMBAK, 16 April 2014 – “Kita akan susun program berbentuk pendidikan yang berterusan untuk masyarakat Islam Orang Asli untuk memastikan masyarakat Islam di sini mendapat ilmu tentang Islam,” kata saudara Mohd Zuraidi bin Zakaria, YDP Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Gombak di sini ketika sesi ramah mesra bersama orang asli.

Kata beliau lagi, antara objektif program ini untuk memberi pendedahan khusus kepada masyarakat Orang Asli di sini dengan praktikal cara hidup Islam yang sebenar berpandukan al-Quran dan al-Sunnah.

Beliau berkata demikian dalam ucapan program Majlis Ramah Mesra bersama komuniti Orang Asli anjuran ISMA cawangan Gombak dengan kerjasama Persatuan Belia Nasional (PEMBINA) cawangan Gombak, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Yayasan Ikhlas yang diadakan baru-baru ini bertempat di Surau al-Hidayah, Batu 12, Gombak.

Turut hadir ke program ini ialah Puan Sanizi, wakil JAKOA, Haji Abd Hanif Harun, Timbalan Pengarah Dakwah dan Inovasi PERKIM, dan Prof. Dr. Norzalifa, wakil dari UIAM Gombak.

“Orang Asli yang beragama Islam dan mualaf di sini berjumlah sekitar 45 peratus, dan dalam peratusan besar itu, dakwah yang paling memberikan kesan adalah dalam bentuk perbuatan dan ikutan,” kata Encik Husin, dalam ucapannya sebagai Ketua JKK Kampung Bukit Kala.

Beliau juga amat mengalu-alukan supaya ada follow up dan kelas agama yang berterusan di kawasan ini khususnya untuk para belia dan kanak-kanak.

Seramai 150 orang peserta telah memeriahkan program ramah mesra ini yang terdiri dari segenap lapisan masyarakat Islam Orang Asli Kampung Bukit Kala.

Pada masa yang sama, suatu program khas turut dijalankan untuk kanak-kanak di luar dewan yang dipimpin oleh fasilitator dari kalangan Bakti PEMBINA Gombak dan sukarelawan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Orang asli 1
Orang asli 4
Orang asli 3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *