ISMA Subang Jaya anjur bersama Karnival Sukan Mahabbah

Oleh: Fakhruddin Afif Fauzi

PUCHONG, 14 April – ISMA Subang Jaya melalui Kelab Remaja ISMA (KRIM) dan Pemuda ISMA berganding bahu bersama Surau Taman Industri Puchong menganjurkan Karnival Sukan Mahabbah 2019.

Karnival yang diadakan di gelanggang sukan Taman Perindustrian Puchong terdiri daripada pelbagai pertandingan termasuk futsal dan bola jaring kategori remaja dan pemuda.

Pemeriksaan kesihatan percuma turut dijalankan melalui pertubuhan I-Medik.

Selain menggalakkan peserta agar mengamalkan gaya hidup sihat, karnival ini juga memperkuat hubungan silaturahim antara ISMA Subang Jaya dengan jawatankuasa surau serta penduduk sekitar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *