ISMA Subang Jaya hayati keagungan Al-Quran

Oleh: Fakhruddin Afif Fauzi

ALAM MEGAH (SHAH ALAM), 26 Mei – Program Iktikaf Perdana ISMA Subang Jaya selama 3 hari yang baru sahaja berakhir sejak Jumaat lalu berjaya memupuk para peserta untuk menghayati keagungan Al-Quran.

Para peserta yang berkampung selama 3 hari 2 malam di Masjid Al-Munawwarah, Sekyen 27 Shah Alam dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan tadarus bagi menghabiskan tilawah bertartil dengan juzuk-juzuk yang berbeza.

Alhamdulillah, tadarus secara berkumpulan berjaya dihabiskan dengan sempurna dan satu majlis khatam Al-Quran ringkas diadakan sejurus sebelum program iktikaf tamat.

Selain bertadarus secara berkumpulan, para peserta turut bertadabbur secara bersendirian bila mana ada sahaja masa terluang sepanjang program iktikaf berlangsung.

Naib Presiden ISMA, Ustaz Mohd Rusdi Alias yang berkesempatan hadir dalam program ini menitipkan nasihat agar ahli-ahli ISMA sentiasa berusaha mengambil apa sahaja iktibar dan pengamalan daripada isi-isi Al-Quran agar usaha dakwah kepada masyarakat sentiasa mengesani dan mendapat hidayah daripada Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *