ISMA Tidak Asingkan Diri daripada Masyarakat

IPOH-25 Oktober – ISMA tidak mengambil langkah untuk mengasingkan diri daripada masyarakat malah memilih untuk mencari peluang berada bersama masyakat dalam mempraktikkan Islam.

YDP Isma Ipoh, Ustaz Zamri bin Hashim mengulas demikian dalam ucapan yang diberikan pada program ‘Hari Tanpa Kereta’ anjuran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang diadakan secara bulanan.

Pihak Isma Ipoh konsisten dalam menjayakan aktiviti-aktiviti bersesuaian di samping menjadi satu-satunya NGO Islam yang mengambil bahagian dalam program tersebut.

Sebagai penghargaan kerjasama tersebut juga, pihak MBI menghadiahkan tiang gol khas untuk digunakan oleh pihak Isma. Penghargaan ini juga diberi bagi menggalakkan penerapan gaya hidup Islam secara santai.

Pihak Isma Ipoh yang mengambil tema ‘Bahasa Kebangsaan Bahasa Perpaduan’ pada bulan ini menyahut sambutan bulan bahasa di samping mengetengahkan tokoh-tokoh Bahasa Melayu.

Antara aktiviti menarik yang diadakan di gerai Isma pada Hari Tanpa Kereta baru-baru ini termasuklah pameran tokoh-tokoh Bahasa Melayu, kuiz dan penerangan cara menulis tulisan jawi, aktiviti memanah dan perlawanan futsal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *