Jalinan Ukhuwwah New Zealand (JUNZ) 2017 : Kepimpinan Berkesan

Oleh: Izzat Aliyas

Christchurch, 1 September 2017 – ISMA New Zealand telah menganjurkan program tahunan JUNZ yang bertempat di Woodend Camp, Christchurch selama 3 hari.

Dengan bertemakan ‘Unleashing You!’, JUNZ kali ini membawakan satu pembaharuan kepada para peserta, di mana fokus diberikan sepenuhnya kepada teknik-teknik yang harus dimiliki oleh seorang pemimpin Muslim yang berjaya dan berkesan. Terdapat 4 modul yang telah di bentangkan; Leadership Excellence, Action Excellence, Thinking Excellence dan Memorization Excellence.

Selain itu, para peserta juga berpeluang menyambut perayaan Eidul Adha bersama komuniti Muslim di Christchurch.

Penghargaan yang tertinggi diucapkan kepada penceramah utama JUNZ 17, Hj Luqman Al-Hakim serta Puan Norhidayah Ismail kerana sudi berkongsi ilmu dan pengalaman. Tidak dilupakan juga kepada para peserta dan ahli jawatankuasa JUNZ 17 yang bersama-sama menjayakan program ini.

Diharapkan ke semua peserta mendapat manfaat daripada program dan semoga Allah menerima usaha kita.

Jumpa anda di JUNZ 2018!

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *