Jangan hilang fokus ketika Ramadan

“Masyarakat kita sekarang sudah terbalik. Kita lebih menfokuskan persiapan untuk hari raya sedangkan sepatutnya kita bersedia dan mengejar kelebihan yang ada dalam bulan Ramadan”, ujar Ust Nor Hisham, Nasib Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Kuala Pilah. Beliau menambah bahawa kita sepatutnya merpersiapkan diri dengan ilmu-ilmu berkaitan fiqh Ramadan serta menjaga kesihatan bagi menghadapi bulan Ramadan yang bakal tiba beberapa hari lagi.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan satu tajuk berkaitan Fiqh Ramadan dan Puasa dalam satu seminar anjuran ISMA Kuala Pilah dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Masjid Pekan Juasseh, Negeri Sembilan. Seminar tersebut yang diadakan di Masjid Pekan Juasseh pada 20hb Mei 2017 dihadiri hampir 100 jemaah setempat.

Manakala tajuk kedua berkaitan amalan pemakanan Sunnah dan tips ketika Ramadan pula disampaikan oleh Ust Hazmi bin Abd Kadir, Yang Dipertua ISMA Kuala Pilah. Beliau menyarankan agar kita mengikuti pemakanan sunnah yang diajar oleh Rasulullah S.A.W seperti kurma, labu dan buah zaitun. Beliau juga menegaskan supaya umat Islam tidak boros ketika membeli juadah untuk berbuka puasa dan tidak berlebihan ketika berbuka agar dapat fokus untuk beribadah.

Rata-rata berpuas hati dengan penyampaian yang disampaikan. Majlis berakhir dengan makan tengah hari sebelum solat zuhur.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *