Janji kemenangan bagi usaha yang maksima – Naib Presiden Isma

Oleh: Siti Nurliyana Saifollah

JOHOR BAHRU, 6 Mac – Kemenangan Islam hanya akan tiba apabila umat Islam mencurahkan usaha yang maksima demi pembangunan Islam.

Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni berkata, para penggerak dakwah perlu menggunakan kapasiti yang ada semaksima mungkin dan seterusnya berserah kepada Allah SWT untuk menentukan saat terbaik datangya kemenangan kepada Islam.

Dalam ucapannya di Mesyuarat Agung Tahunan Isma cawangan Johor Bahru di Bandar Baru Uda baru-baru ini, beliau memetik kisah Nabi Musa AS yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mengajak dan meyakinkan kaumnya (bani Israel) untuk meninggalkan bumi Mesir.

“Di saat genting ketika pengikut Nabi Musa berhadapan dengan Laut Merah dan tentera Firaun mengejar mereka di belakang, ketika itulah bantuan Allah hadir dengan terbelahnya Laut Merah sekaligus menenggelamkan tentera Firaun.

“Begitu juga dengan umat Islam pada hari ini. Umat Islam perlu sentiasa melakukan yang terbaik dan sehabis daya demi mencapai kemenangan Islam,” ujar beliau.

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni turut berpesan agar para penggerak dakwah terus bekerja dengan sabar dan mengikut langkah yang ditetapkan oleh organisasi.

“Pencapaian Isma pada hari ini adalah hasil kesabaran generasi awal yang bekerja dengan bersungguh-sungguh mengikut perancangan organisasi. Maka, teruslah bersabar dalam bekerja demi memastikan kemengangan Islam kelak,” akhiri beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *