Kader dakwah perlu sihat tubuh badan 100 peratus

Paksi Fizikal Kuantan
KUANTAN, 26 Mac – “Paksi fizikal menjadi antara teras dalam tarbiyyah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) untuk memastikan kader-kader dakwah memiliki kesihatan tubuh badan yang baik,” ujar Jurulatih (JU) Paksi Fizikal ISMA Cawangan Kuantan, Nurjalilah Mohd Rosli.
 
Jelas beliau, tujuan ujian paksi fizikal ini diadakan adalah untuk memastikan setiap ahli mengambil berat tentang kesihatan tubuh badan mereka.
 
“Larian 2.4 km adalah salah satu komponen yang perlu dilalui oleh setiap ahli sebagai salah satu cara untuk mengetahui tahap kecergasan masing-masing.
 
“Ianya adalah selaras dengan 10 ciri-ciri peribadi muslim yang digariskan oleh Al-Syahid Hassan Al-Banna, iaitu miliki tubuh badan yang sihat kerana kader dakwah yang memiliki tubuh badan yang sihat adalah satu keperluan untuk memastikan kelancaran dakwah,” tambah beliau lagi.
 
Nurjalilah yang juga merupakan Ketua Beliawanis Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) UIAM Kuantan menekankan setiap ahli perlu memandang serius kesihatan fizikal untuk kelancaran dalam beribadat dan berdakwah.
 
Ujian Fizikal ini telah dihadiri oleh ahli-ahli Wanita ISMA Cawangan Kuantan dan telah diadakan di Stadium Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kuantan.
 
Hidayah Abdul Halim
Media Wanita ISMA Kuantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *