Karnival Cuti Sekolah NAZIM : Mendidik Anak Soleh Pasca Merdeka

BATU PAHAT, 26 Ogos – ‘Karnival Cuti Sekolah: Merdeka! Merdeka! Merdeka!’ anjuran Kelab NAZIM Cawangan Batu Pahat dengan kerjasama Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Batu Pahat telah berlangsung dengan jayanya baru-baru ini.

Program kali ini menampilkan kelainan berbanding program-program yang pernah dianjurkan oleh Kelab NAZIM cawangan Batu Pahat sebelum ini.

Forum keibubapaan yang bertajuk ‘Mendidik Generasi Anak-Anak Soleh Pasca Merdeka’ telah dijalankan serentak dengan pertandingan mewarna dan pertandingan deklamasi sajak. Pertandingan tersebut masing-masing dibahagikan kepada dua kategori A (7 hingga 9 tahun) dan kategori B (10 hingga 12 tahun).

Forum keibubapaan telah menampilkan dua orang panel, Dr Farrah Nadia binti Najib, Pegawai Perubatan Paediatrik Hospital Penawar dan Puan Siti Aisyah binti Misbah, Wartawan biro Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Alor Gajah.

Antara tips mendidik anak yang dikongsikan oleh Dr Farrah Nadia ialah ibubapa kena kekal positif dan berbincang bersama pasangan suami isteri untuk memberikan didikan yang terbaik kepada anak.

Menurut ibu kepada Puteri Dalila, salah seorang daripada peserta program ini berpendapat pengisian program NAZIM sangat informatif dan seronok, memberi manfaat kepada ibubapa dan anak-anak selain dapat mengisi masa lapang seterusnya menambah ilmu keibubapaan.

Nur Aminah Shahirah Mohd Karno

Wartawan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *