Karnival Sukan NAZIM pelengkap aktiviti kanak-kanak

image

Oleh Ahmad Rafiuddin Ab Ghani

CHUKAI, 2 Mei – Karnival Sukan NAZIM (KSN) Pantai Timur 2015 kali ini tampil dengan tema ‘Bersukan sihatkan Badan, Berakhlak sihatkan Iman’ selari dengan tujuan Kelab Nadi Al-Azim (NAZIM) yang inginkan para ahlinya seimbang dalam semua sudut.

Hal ini menurut Dr Nor Adibah Mohd Kusni, Pengarah KSN Pantai Timur 2015, Kelab NAZIM seliaan Biro Keluarga dan Masyarakat Ikatan Muslimin Malaysia ( BKM ISMA) komited untuk membentuk kanak-kanak yang seimbang daripada sudut fizikal yang kuat dan pada masa yang sama memiliki iman yang kuat untuk membentuk akhlak yang terpuji sesama rakan dan makhluk Allah s.w.t. yang lain.

KSN anjuran Kelab NAZIM ini turut diadakan di seluruh negara dan dianjurkan mengikut zon dan KSN Pantai Timur ini disertai oleh Kelab NAZIM dari cawangan Temerloh, Kuantan, Dungun dan juga Kemaman sebagai tuan rumah.

“KSN hanyalah acara tahunan dan hanya sebahagian daripada pelbagai lagi aktiviti Kelab NAZIM yang menarik seperti Smart Aulad Play, Smart Aulad Circle, perkhemahan, Raudhah Ramadhan, Hufaz Cilik dan pelbagai lagi dengan pengisian rohani, intelektual dan kemahiran asas kehidupan,” katanya selepas acara yang diadakan semalam.

Tambahnya lagi, kerjasama erat antara agensi ISMA akan memastikan bahawa ahli Kelab NAZIM yang tamat sekolah rendah akan dapat terus menikmati pakej pembangunan jatidiri melalui program yang ditawarkan Kelab Remaja ISMA (KRIM).

“Kelab NAZIM membuka ruang seluas-luasnya kepada ibu bapa yang berminat untuk mendaftarkan anak-anak mereka dengan Kelab NAZIM bagi menikmati segala pakej pembangunan yang telah dirancangkan.

“Maka, tidak hairanlah jika KSN Pantai Timur 2015 ini dianjurkan di Padang Astaka Kemaman pada hujung minggu dengan harapan, ibu bapa dan anak-anak yang turun beriadah pada pagi hari ini dapat mengenali Kelab NAZIM secara langsung seterusnya mendaftar sebagai ahli Kelab NAZIM,” katanya.

KSN kali ini melihatkan perlawanan hebat di antara peserta dan Kelab NAZIM Kemaman dinobatkan sebagai juara edisi kali ini dengan perbezaan mata yang begitu rapat dengan Kelab NAZIM Kuantan.

Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut atau ingin mendaftarkan anak-anak mereka dengan Kelab NAZIM Kemaman boleh menghubungi 018-966 1500.

image