KASRIM pupuk akhlak, semangat remaja Kuala Pilah

Oleh: Afnan bin Tumiran

Kuala Pilah, 24 Ogos – “Jaga solat subuh dan jagalah akhlak kerana ia adalah cerminan seorang muslim.” Itulah antara isi tazkirah yang disampaikan dalam acara penutup Karnival Sukan Remaja Isma (KASRIM) cawangan Kuala Pilah pada hari Sabtu, 19 Ogos 2017 yang lepas. Bertempat di Padang Futsal SMK Tuanku Muhammad, Kuala Pilah, seramai lebih kurang 35 orang peserta asrama lelaki dari SMK Tuanku Muhammad Kuala Pilah  telah menyertai acara ini yang merupakan kali kedua diadakan di sekolah yang sama.

Acara sepak mula telah dimulakan pada jam 9.30 pagi dan berakhir jam 12 tengah hari. Sepanjang permainan dijalankan, remaja berusia sekitar 13-19 tahun ini begitu teruja dan seronok serta bersungguh-sungguh dalam permainan bagi merebut hadiah pertama berupa wang tunai RM100 dan hamper.

Setelah bermain di peringkat kumpulan dan separuh akhir, dua kumpulan yang paling hebat berentap merebut juara dan akhirnya kemenangan diperolehi kumpulan Potai yang merupakan pelajar tingkatan enam sekolah itu.

Aktiviti tersebut ditutup dengan sesi bergambar bersama peserta dan kesemua kumpulan yang menyertai pertandingan diberikan saguhati sebagai pengubat penat dan lelah dalam perlawanan tersebut.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *