KB Isma Selangor mudah benam Bidara FC 3-0

KEPONG, 6 Januari – KB Isma Selangor terus mengekori rapat tiga pasukan tangga teratas SSPL setelah selesa membenam pasukan tercorot Bidara FC dengan tiga jaringan tanpa balas.

Turun ibarat harimau luka selepas di belasah oleh Mutiara Gombak pada perlawanan terakhir 2017, KB Isma Selangor mengasak kubu Bidara FC sejak daripada wisel permulaan.

Bagaimanapun pesta gol yang di harapkan gagal di jelmakan oleh barisan serangan yang di ketuai oleh Irfan Shuib selepas ketiadaan penyerang sensasi Ammar Aiman yang berhijrah ke Felda United. Separuh masa pertama tamat dengan KB Isma Selangor mendahului Bidara FC dengan satu gol jaringan Irfan.

Skuad bimbingan Azhar Shariff hanya mengambil masa 15 minit selepas babak kedua bermula untuk mendahului selesa melalui satu penyudah klinikal oleh Irfan Shuib.

Gol ketiga KB Isma Selangor  di peroleh melalui satu gerakan solo Amirullah dari sebelah kiri gawang Bidara FC yang menewaskan dua pertahanan dan penjaga gol pasukan lawan.

Kemenangan keempat ini melonjakkan KB Isma Selangor ke tangga kedua liga untuk sekurang-kurangnya bagi tempoh 24 jam sebelum tiga pasukan teratas liga memulakan perlawanan keenam mereka esok.

#sciencevalley
#kumpulanazzahrah
#kbismaselangor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *