Kem Huffaz Cilik, terap amalan solat Dhuha

MELAKA, 13 Jan- “Alhamdulillah, banyak perubahan yang saya dapat lihat pada Farah sejak menyertai Kem Huffaz Cilik ini. Kini dia mampu menghafaz surah-surah lazim dan apa yang lebih membanggakan saya apabila dia turut berkongsi dengan adik-adiknya tentang solat dhuha yang dipelajarinya dalam kem ini,” ujar Puan Atikah binti Hj. Ali yang turut menghantar anaknya ke Kem Huffaz Cilik anjuran NAZIM Melaka Tengah baru-baru ini.

Ujarnya lagi semasa beliau ditemu bual di Masjid Cina Negeri Melaka, beliau sangat berharap agar program seperti ini diteruskan pada sesi akan datang dan turut dibuat hebahan meluas agar lebih ramai lagi berpeluang menyertai program seperti ini.

Beliau juga tidak akan melepaskan peluang untuk melibatkan anak-anaknya dalam program ilmiah seperti ini dengan harapan agar mereka berjaya di dunia dan akhirat kelak.

Kem huffaz cilik yang berlansung selama lima hari bermula 13 hingga 17 Disember lalu telah berjaya mengumpulkan lebih 100 orang peserta berusia 7 hingga 12 tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *