KEMANGKATAN SULTAN HAJI AHMAD SHAH: SEMBAH TAKZIAH


1. Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) merafak sembah takziah kepada KDYMM Sultan Pahang, kerabat Diraja Pahang dan seluruh rakyat Negeri Pahang Darul Makmur di atas Kemangkatan Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah. Pemergian Baginda amat dirasai terutama kepada rakyat Pahang.

2. Jasa baginda kepada negeri Pahang terlalu banyak dan tidak mampu untuk di ungkap dgn kata-kata.

3. Hubungan baginda dengan rakyat bergitu akrab melambangkan jiwa baginda yang sentiasa meletakkan rakyat dalam keutamaan.

Semoga Allah Mencucuri Rahmat Keatas Roh Almarhum. Al-Fatihah.

Aminuddin Yahaya
Presiden ISMA
22 Mei 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *