Kemenangan Islam dicapai dengan usaha berkumpulan, bukan peribadi

Naib Yang Dipertua ISMA Sg Petani
SUNGAI PETANI, 29 Mac – Menyampaikan dakwah merupakan sunnah Rasulullah yang paling besar dan keterlibatan dalam mana-mana gerakan dakwah menjanjikan pahala dan keredhaan Allah di samping mencapai kemenangan yang dijanjikan.

Naib Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Sungai Petani Ustaz Dr Hj Ridzuan Ahmad berkata demikian ketika menyampaikan pengisian dalam satu program usrah umum yang bertajuk “Masa Depan Di Tangan Islam”.

Namun begitu ujarnya, kesenangan yang dikecapi oleh hari ini menyebabkan masyarakat umat Islam alpa dan lalai akan kewajipan mereka dalam menyampaikan dakwah.

Tambah beliau, kemenangan Islam tidak akan dapat dicapai dengan usaha yang dilakukan secara perseorangan tetapi ia mesti dilakukan secara berorganisasi.

Hal ini kerana kemenangan Islam memerlukan tenaga yang banyak dan ini hanya dapat dicapai melalui organisasi kerana setiap individu mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri.

Program usrah umum ini merupakan program bulanan yang dirancang oleh ISMA cawangan Sungai Petani sebagai langkah untuk menyampaikan kesedaran dan fikrah Islam kepada masyarakat setempat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *