Kemeriahan Sambutan Hari Keluarga Isma Kota Bharu 2018

Oleh : Suhidayah

KOTA BHARU, 5 Okt- Program Hari Keluarga Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Kota Bharu di sini meriah dengan kehadiran peserta seramai 200 orang.

Program yang diadakan di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan, dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang ini turut dihadiri oleh beberapa ahli keluarga terdekat dan juga ahli PEMBINA Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Pengkalan Chepa.

Yang Dipertua ISMA Cawangan Kota Bharu, Ustaz Abdul Rahman Iskandar (Alrais) berkata, program tersebut diadakan setiap tahun bagi mengeratkan  hubungan kekeluargaan dan ukhuwwah islamiah di kalangan ahli ISMA. 

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan bagi para peserta lelaki antaranya bola tampar pantai, boling kelapa dan bola sepak pantai.

Manakal peserta perempuan pula bermain sambut belon berisi air, bola kaki tiga dan terompah gergasi.

Kategori kanak-kanak pula, diadakan acara berlari sambil membawa bola pingpong dalam sudu, kerusi berirama, baling bola masuk raga, tiup syiling dalam tepung, tolak rim basikal dan juga mengail di dalam botol.

Sudah pastinya aktiviti-aktiviti ini dipenuhi dengan gelagat dan aksi yang mencuit hati daripada para peserta. Para peserta bekumpul sebelum makan tengahari dan solat Zohor untuk sesi fotograsi secara beramai-ramai sebagai kenang-kenangan.

Peserta turut diceriakan dengan penyampaian pelbagai hadiah cabutan bertuah yang menarik yang disampaikan oleh Pengarah program dan YDP ISMA Kota Bharu.

“Kita berharap agar program yang bermanfaat ini akan terus diadakan pada masa akan datang,” kata Ustaz Abdul Rahman.

Syabas kepada Puan Maznah Mohd Amin selaku Pengarah Hari Keluarga ISMA Kota Bharu 2018 dan semua urusetia yang menjayakan program ini. Tahniah.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *