Kempen ‘Muliamu Wanita Kerana Islam’ angkat darjat wanita

IMG_20150907_134310

PORT DICKSON, 18 Sept – Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Cawangan Port Dickson (PD) telah menganjurkan kempen ‘Muliamu Wanita Kerana Islam’ di Kolej Vokasional Port Dickson baru-baru ini.

Program Muslimah Cemerlang ini telah menjemput Puan Kamaliah Abd. Hamid sebagai penceramah bagi memberi penerangan tentang kempen ‘Muliamu Wanita Kerana Islam’.

Kamaliah yang merupakan Ketua Wanita Isma PD telah berkongsi cerita tentang Islam yang mengangkat darjat wanita serta garis panduan yang perlu dipatuhi oleh setiap wanita agar maruah diri dapat dipelihara.

“Setiap wanita perlu menjaga aurat kerana ia membawa kepada pemeliharaan maruah dan pendinding kepada zina yang semakin berleluasa. Asuhan kanak-kanak yang bermula dari dalam perut seorang ibu dan hanya ibu yang mendidik al-Quran sahaja yang mampu melahirkan anak-anak yang cemerlang dunia akhirat.

“Aurat ini seumpama gula-gula, hanya gula-gula yang dibalut dengan sempurna sahaja yang tidak kotor dihinggapi debu,” katanya yang juga Ketua Unit Akademik Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) PD.

Puan Kamaliah turut menegaskan tentang baik buruk suatu generasi adalah daripada tiang yang utuh yakni wanita.

Kempen ‘Muliamu Wanita Kerana Islam’ merupakan anjuran Wanita ISMA yang telah bermula sejak Februari tahun ini. Sejak dilancarkan pelbagai aktiviti telah dijalankan. Antaranya antaranya adalah edaran flyers, ceramah dan banyak lagi.

Tujuan kempen ini diadakan untuk menyedarkan kepada wanita Islam khususnya tentang hak dan kemuliaan yang diberikan oleh Islam kepada mereka. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *