Kenyataan Media Amir Mengenai Isu Rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman

ULASAN TERHADAP ISU RUSUHAN DI KUIL SRI MAHA MARIAMMAN

  1. Saya ingin menzahirkan rasa kesal terhadap rusuhan yang seakan-akan diluar kawalan hingga menyebabkan kecederaan kepada anggota keselamatan dan kemusnahan harta benda.

 

  1. Saya menyeru agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dalam perlaksanaan undang-undang dan tidak terlalu meraikan atau berkompromi sehingga menjejaskan proses keadilan.

 

  1. Saya berpandangan terdapat kecenderungan tertentu dalam kalangan pemimpin antara kaum yang mengheret isu ini kepada masalah perkauman sedangkan isu yang sebenar ialah ketidakpatuhan pihak-pihak yang terlibat terhadap undang-undang negara.

 

  1. Masyarakat awam perlu mengambil pendirian rasional dan berwaspada agar tidak terjurumus ke kancah pertelingkahan yang tidak menguntungkan sesiapa.

 

  1. Saya berkeyakinan bahawa pihak berkuasa terutama pihak polis mampu menyelesaikan dan membawa dalang kepada isu ini ke muka pengadilan.

 

  1. Saya juga menyeru pihak-pihak yang tampil kedepan untuk tidak mengorbankan kepentingan awam dengan menyebelahi pertimbangan politik yang bersifat populis dan membelakangkan undang-undang sedia ada.

 

USTAZ HAJI ABDULLAH ZAIK BIN ABDUL RAHMAN

Amir,

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *