Kenyataan Media Wanita ISMA berhubung pembebasan Bunya Jalong

logoWanitaISMA-610x637

BANGI, 14 Mei – Wanita ISMA berasa amat kesal dengan terbebasnya pesalah kes rogol bawah umur Bunya Jalong, 60, yang dilaporkan di Sibu, Sarawak hari ini. Fakta kes menyatakan Bunya Jalong telah digugurkan daripada empat pertuduhan merogol anak gadisnya sendiri berumur 15 tahun sehingga mengandung dan melahirkan bayi. Ujian DNA telah membuktikan bahawa si pesalah adalah bapa/datuk kepada bayi tersebut.

Mahkamah Rayuan telah menggugurkan hukuman asal dengan alasan bahawa tiada peneterasi zakar berlaku dan di dalam kes ini, peneterasi jari dan benda asing tidak di anggap rogol. Adalah amat dikesalkan kerana fakta tertuduh merupakan bapa kandung dan kesalahan pencabulan tersebut dilakukan berulang kali tidak di ambil kira oleh undang-undang sivil.

Dengan itu, Wanita ISMA menggesa agar masyarakat berbilang kaum dan agama prihatin terhadap gejala haruan makan anak ini. Gejala ini perlu di banteras sehingga ke akar umbi. Kita tidak mahu ianya menjadi kebiasaan dan akhirnya membudayakannya dalam masyarakat sehingga merogol tidak menjadi satu kesalahan jenayah. Ini akan merosakkan masyarakat pada masa hadapan.

Amat dikesalkan undang-undang sivil tidak mengambil kira faktor pembuktian DNA sebagai bukti rogol dan menyebabkan mangsa rogol teraniaya.

Islam mengkategorikan rogol atau disebut zina paksa sebagai satu kesalahan jenayah Hudud. Hukuman boleh dikenakan ke atas perogol sekiranya kesalahan itu sabit menerusi kesaksian 4 orang atau pengakuan tertuduh.

Sekiranya tidak dapat dibuktikan melalui 4 orang saksi atau pengakuan tertuduh ia boleh disabitkan berdasarkan keterangan lain seperti DNA, laporan perubatan dan lain-lain keterangan yang boleh dijadikan bahan bukti atau qarinah kes. Hukuman yang boleh dikenakan ialah takzir iaitu bergantung kepada budi bicara mahkamah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *