‘Kerana Aku Isteri Dia’ kongsi tips dalam pengurusan rumah tangga

KAJANG, 26 April – Menyedari akan kepentingan peranan seorang isteri dalam menjaga keharmonian rumah tangga, sebuah program yang diberi nama ‘Kerana Aku Isteri Dia’ telah diadakan pada 23 April lalu bertempat di Dewan Darul Insyirah, Bangi Golf Resort anjuran bersama Biro Wanita Isma Kajang dan Daerah Hulu Langat (DHL).

Program yang bertemakan ‘Serikandi Dunia Bidadari Dunia’ itu telah disertai seramai 40 orang wanita dan telah dimulakan dengan perkongsian dari Ustazah Nurfatin Halil yang bertajuk ‘Bahagia Sang Isteri’.

Selain itu turut di adakan forum yang bertajuk, ‘Mencari Syurga di Celah Kesibukan’ oleh Ustazah Norakhilah Baharin dan Puan Zaharah Johari di mana banyak tips dan panduan dalam pengurusan rumahtangga telah dikongsikan khususnya buat rumahtangga dakwah.

Manakala Puan Izzaty Rosli pula telah tampil membuat perkongsian tentang tips memikat suami yang menceritakan tentang aspek-aspek kebersihan dan kesihatan diri sebagai isteri.

Seorang peserta meluahkan bahawa program sebegini datang tepat waktunya dan amat membantunya dalam mengatur kehidupan keluarga, anak, kerja dan urusan dakwah.

Seorang peserta lain pula berpendapat bahawa perkongsian dari panel-panel hebat mampu menjadi pemangkin semangat kepada isteri yang bergelar duat dan berharap agar program sebegini dapat diteruskan di masa akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *