Keseimbangan dan kesederhanaan kunci ketahanan pendakwah

ISMA Batu Pahat
BATU PAHAT, 17 Mac – Sekiranya hendak bertahan dalam dakwah, keseimbangan dalam stamina dan keserderhanaan dalam setiap perilaku kita diperlukan dalam diri seorang pendakwah dan bukanlah ekstrim sehingga melampaui batas keupayaan tubuh badan sebagai seorang manusia.

Demikian menurut aktivis Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Melaka, Asmizana Tarmizi ketika menyampaikan slot ‘Kitalah Mentari Itu’ kepada mahasisiwi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di sini baru-baru ini.

Dalam program yang dianjurkan oleh Biro Wanita ISMA Johor itu, Asmizana turut menekankan kepentingan seseorang Muslim untuk berdakwah kepada orang lain dan mengingatkan para peserta akan situasi umat Islam kini.

“Umat Islam perlu berdakwah kerana itu merupakan kesinambungan kepada risalah dakwah para Rasul.

Dakwah dan tarbiyah yang dibawa perlulah bersifat rabbaniyah dan positif, berperingkat-peringkat, berterusan, sederhana dan seimbang, serta lengkap dan menyeluruh,” ujarnya.

Turut dikongsikan dalam pengisian tersebut ialah peringkat-peringkat amal yang perlu dilakukan (maratib amal), iaitu bermula dengan individu Islam, keluarga Islam, masyarakat Islam, kerajaan Islam, khilafah Islam, empayar Islam dan peringkat terakhir adalah memimpin dunia dengan sistem Islam.

Sesi perkongsian tersebut diakhiri dengan aktiviti amali mengumpul petisyen Sejuta Ummah Tolak Comango di sekitar Pasar Malam Senggarang, Batu Pahat.

Bagi yang ingin menyertai aktiviti-aktiviti ISMA di sekitar Batu Pahat, hubungi Saudara Faruq – 0134069431 atau Saudari Ummu – 0104146018.

Nurul Aqilah Mohd Salleh
Wartawan ISMA Johor

ISMA Batu Pahat 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *