KESUMA dorong wanita berukhuwwah

 

Kemaman, 19 Okt- “Nampak ringkas tetapi bermakna terutamanya pada ukhuwah dan silaturrahim”, demikian maklumbalas salah seorang peserta Karnival Sukan Wanita Isma (KESUMA) Cawangan Kemaman yang berlangsung di Dewan Kuarters Polis Bukit Mentok, semalam.

Program KESUMA anjuran Wanita Isma Kemaman telah berjaya mengumpulkan seramai lebih 20 orang peserta yang merupakan ahli Wanita Isma dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Kemaman.

Pada masa yang sama, kehadiran anak-anak ahli Wanita Isma yang sama beriadah turut memeriahkan majlis di samping memberi sokongan kepada ahli keluarga yang menyertai permainan yang dipertaruhkan.

Ketua Wanita Isma Kemaman, Ustazah Nurul Adzha Ghazali mengingatkan peserta tentang 10 Muwasofat Muslim (Ciri-ciri individu Muslim) dan menekankan tentang ‘Qowiyyul Jismi’ (tubuh badan yang kuat), semasa sesi ucapan penutupan beliau.

“Selain menyihatkan badan, program ini juga bertujuan mengeratkan silaturrahim antara ahli”, ujar beliau.

Program KESUMA merupakan program tahunan anjuran Wanita Isma Kemaman. Bagi program bulanan, Wanita Isma menjalankan Usrah Wanita yang bertujuan menambah kefahaman masyarakat terutama wanita tentang isu-isu semasa dan islam.

Kepada mereka yang berminat untuk menyertai Usrah Wanita, program ini dijadualkan pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Solat Masjid Binjai, Kemaman.

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *