Kita adalah pemimpin masyarakat

Pn. Shazamawati Zam Hashari menyampaikan amanat beliau kepada hali-ahli biasa ISMA DHL

BANGI, 25 Jan – “Kita adalah pemimpin kepada masyakat,” tegas Puan Shazamawati Zam Hashari, pemangku Ketua Wanita cawangan ISMA DHL semasa memberikan amanat beliau kepada ahli-ahli ISMA DHL.

Menurutnya, tarbiyah yang dilalui oleh ahli-ahli ISMA bertujuan untuk membina kepimpinan, ketokohan dan jatidiri masing-masing. Ini bagi melahirkan ahli-ahli ISMA yang mampu memimpin masyarakat.

Beliau juga menyeru setiap ahli ISMA supaya membina diri masing-masing agar dapat jadi pemimpin.

“Budaya hanya bekerja apabila disuruh hendaklah ditinggalkan. Ahli-ahli ISMA sepatutnya sudah jelas dengan tugasan dan tanggungjawab masing-masing dan mampu bergerak dalam amal tanpa disuruh.”

Puan Shazamawati juga menggesa ahli-ahli ISMA untuk lebih proaktif dalam amal dakwah dan berusaha untuk mengembangkan amal di tempat masing-masing.

Nor Azlan Nor Muhammad
Wartawan ISMA DHL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *