“Kita tidak mahu harta, kita hanya mahu tegakkan negara Islam”

Munaim Idrus Seri Iskandar
SERI ISKANDAR, 16 Mac – “Dakwah kita adalah penyelamat, kita tidak inginkan harta dan pangkat tetapi apa yang kita mahu ialah bebaskan tanah air Islam dan mendirikan daulah Islamiah.”

Demikian antara isi penting yang disampaikan oleh Ketua Biro Pengkaderan ISMA Seri Iskandar Saudara Muna’im Idrus dalam ceramahnya yang bertajuk Antara Semalam dan Hari Ini dalam program kesedaran belia Step Towards Excellent Person (STEP) di Pejabat ISMA Cawangan Seri Iskandar, Perak.

Tambahnya, dengan memiliki iman yang mendalam, pembentukan yang rapi dan berterusan, kita mampu membaiki keilmuan masyarakat Islam, mutu kehidupan dan membuang penyakit dan jenayah.

Selain itu katanya, orang yang mengikuti program tarbiyah wajib memiliki perancangan yang tersusun dan strategik sehingga boleh memberi manfaat kepada orang lain dan masyarakat.

“Kita mahu menjadi seperti air yang mengalir, bermanfaat untuk orang lain. Itulah kepentingan tarbiyah,” kata beliau lagi.

Zulhadi Isa Seri IskandarSementara itu, Pengerusi Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Cawangan Seri Iskandar Saudara Zulhadi Isa dalam slot Ini Sejarah Kita (ISK) telah mengajak para peserta untuk merungkai faktor-faktor kebangkitan dan kejatuhan tamadun Khulafa’ Ar-Rasyidin, Kerajaan Umaiyyah, Abbasiyah dan Turki Uthmaniyah. Program ini telah mencapai resolusi bahawa untuk mengembalikan Islam ke puncak kegemilangannya memerlukan usaha Islam dari bawah melalui tarbiyah individu yang berterusan.

ISMA Seri Iskandar sangat komitmen dalam melaksanakan segala usaha bagi memperkukuhkan tarbiyah  para aktivisnya di samping memainkan peranan penting dalam mendidik masyarakat ke arah pembentukan umat Islam yang beragenda.

Noorhuda Mohd Zahari
Wartawan Media ISMA Seri Iskandar

STEP Seri Iskandar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *