Kiwiroo Persiap Mahasiswa ke Australia dan New Zealand

Kuang, 7 Jan – Mahasiswa dari kolej persediaan luar negara di seluruh Malaysia , yang bakal menyambung pengajian ke Australia dan New Zealand berkumpul di kem Riyadh Restu bagi menghadiri Program Semai Mesra.

Program Semai Mesra merupakan sebuah program pra-pelepasan pelajar ke Australia dan New Zealand dan tahun ini merupakan kali yang ke-18 diadakan.

Istimewanya kali ini, program Semai Mesra dijenamakan semula sebagai Kiwiroo yang menggabungkan nama 2 haiwan ikonik kedua-dua negara tersebut iaitu Kiwi dan Kangaroo.

Program berlangsung selama 2 hari yang menggabungkan tenaga penganjur di kalangan para pelajar yang merupakan aktivis ISMA di Australia dan New Zealand, dan juga alumni dari kedua-dua negara tersebut yang bernaung dibawah AUZIES. Juga program ini mendapat sentuhan Biro Luar Negara (BLN), yang mengelola 9 cawangan ISMA di seluruh dunia.

Paduan tenaga berpengalaman dan profesional di Kiwiroo, terutamanya di kalangan penceramah dan fasilitator telah mendapat maklumbalas yang positif dari para peserta.

Topik-topik yang dipilih menekankan tentang aspek kecemerlangan dunia dan akhirat, termasuklah tips-tips praktikal bagaimana untuk mengharungi kehidupan sebagai mahasiswa di Australia dan New Zealand nanti.

Ikuti kiriman di Facebook Dakwah Merentas Benua mengenai intipati Kiwiroo.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *