KLS – Beri pendedahan hala tuju selepas SPM

unnamed

JOHOR BAHRU, 6 Mac – Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) cawangan Johor  dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Johor mengambil inisiatif untuk menganjurkan Karnival Lepasan Sekolah (KLS) buat calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013.

Karnival yang menyasarkan seramai 200 orang peserta itu akan berlangsung di Dewan Auditorium Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Taman Setia Tropika pada 15 Mac dengan bertemakan “Profesion Dan Aktivisme”.

Menurut pengarah program KLS, En Noranizan Abu, aktiviti-aktiviti yang akan diadakan semasa program KLS berlangsung termasuklah forum, sembang santai dan pameran.

“Aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai hala tuju selepas SPM serta realiti dan cabaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) serta memberi panduan berkenaan profesion dan kerjaya yang ada di pasaran pekerjaan sekarang,” katanya.

Beliau juga mengharapkan agar program KLS dapat memberikan input-input yang berguna kepada para peserta dalam mecari hala tuju di IPT, seterusnya merancang kerjaya mereka pada masa hadapan.

Antara tokoh-tokoh yang dijemput bagi berkongsi pengalaman dan rahsia kejayaan termasuklah Dekan International Medical University (IMU) Clinical School, Profesor Madya Dr Zainur Rashid Zainuddin, pensyarah Fakulti Perubatan/Bio-perubatan Newcastle University, Dr Madihah Rushaidi, pelajar terbaik ijazah sarjana kejuruteraan mekanikal Universiti Teknologi Malaysia (UTM), saudari Afiqah Hamzah, pelajar ijazah sarjana muda lepasan universiti Adelaide – Australia, saudara Mohd Aizat Farid Hasan dan Pengerusi PEMBINA Johor, En Mohd Khairul Ahmad Nordin.

Pendaftaran KLS telah dibuka dan boleh dilakukan dengan menghubungi Cik Siti Khadijah di talian 013-7976181 atau melalui pendaftaran atas talian (online) di pautan berikut: http://krim.ismajohor.com/2014/02/selangkah-ke-ipt-jom-kls/.

Nik Amir Nik Mat
Wartawan ISMA Johor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *