KLS : Perlu sentiasa bersemangat dalam menuntut ilmu

oleh Norlia binti Salleh

KOTA SAMARAHAN, 2 Feb – “Kita berharap agar adik-adik yang menyertai program  hari ini akan terus bersemangat untuk berjaya, seterusnya sentiasa  bersemangat untuk menuntut ilmu,” kata Ustaz Abdul Rahman bin Ismail, Yang Di Pertua (YDP) Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Samarahan dalam ucapan penutupnya di Karnival Lepasan Sekolah (KLS) baru-baru ini.

Jelasnya lagi, menuntut ilmu adalah suatu kewajipan bagi setiap orang berdasarkan sebuah hadis. Oleh yang demikian, walau terpaksa meredah perjalanan yang jauh sekalipun, seseorang itu perlulah sentiasa berusaha dan bersemangat dalam menuntut ilmu.

Terdapat aktiviti menarik yang telah disediakan pada program tersebut. Antaranya adalah slot, What’s Next After SPM, slot Pinjaman dan Biasiswa Pendidikan, Forum Motivasi: Kamek Harapan Keluarga, sesi bersama mentor dan pameran kerjaya.

Program ini diharapkan agar dapat menyuntik semangat pelajar untuk meneruskan pelajaran ke peringkat seterusnya. Antara harapan lain adalah memberi gambaran kepada para peserta tentang bidang-bidang menarik yang boleh mereka ceburi setelah tamat persekolahan.

“Banyak yang saya dapat melalui program ini. Antaranya adalah saya berasa bersemangat dan termotivasi untuk memilih hala tuju yang sesuai dengan keupayaan saya,” kata Syafiqah Nasuha Zakaria, seorang dari peserta yang terlibat dalam program tersebut. Dia juga berharap agar program seperti dapat  diadakan setiap tahun agar pelajar lepasan sekolah tahu hala tuju mereka yang seterusnya.

Turut hadir pada program tersebut adalah Jamaliah binti Lani, Pengerusi KRIM Samarahan, Fara Izmyra bt Muzafar Shah, Setiausaha KRIM Samarahan dan Amirudin bin Dahlan, Naib Yang Di Pertua (NYDP) ISMA Samarahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *