KRIM dan I-Guru Sibu Memperkasa Remaja Sekolah

oleh: Mohammed Rasheedan bin Ellin

SIBU, 21 April – Kelab Remaja Isma (KRIM) cawangan Sibu dan Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (i-Guru) baru-baru ini telah berkampung di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sibu untuk menjayakan program motivasi remaja sekolah iaitu Zero to Hero.

Program ini antara lain bertujuan untuk membantu para pelajar mengurus kehidupan dari segi masa, keutamaan dan mengajak para pelajar untuk merangka matlamat kehidupan agar lebih jelas dan tersusun. Antara penceramah yang dijemput untuk meledakkan potensi remaja sekolah ini adalah penulis buku, blog dan usahawan terkenal, Puan Farah Alina.

Menurut pengarah program, Cikgu Siti Zaharah Dollah yang juga merupakan Pengerusi KRIM Sibu, beliau mengatakan program ini amat baik untuk para pelajar kerana ianya banyak memberi manfaat. Pelajar telah didedahkan dengan cara untuk menjadi hero kepada diri sendiri, masyarakat, agama dan bangsa.

Selain itu program ini dapat meningkatkan keyakinan diri pelajar dalam berkomunikasi serta menjadikan pelajar lebih matang apabila mereka dapat berkongsi pendapat dan nasihat dalam sesi Mentor-Mentee.

Salah seorang peserta, Mohammad Solehin bin Hanafi, mengatakan bahawa pogram ini seronok dan memberi banyak info bermanfaat untuk dirinya. Lantas menjadikan dia lebih yakin untuk berbicara di khalayak ramai dan paling penting menentukan apa matlamat masa depannya, komennya kepada wartawan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *