KRIM Ipoh Buka Peluang Remaja Selusuri Kisah Hidup Asnaf

IPOH, 6 Jun – Telah berlangsung satu program di bawah pakej aktiviti Sentuhan Ramadan anjuran Kelab Remaja Ikatan Muslimin (KRIM) Ipoh, iaitu sumbangan bakul Ramadan kepada golongan asnaf pada hari Sabtu yang lalu.

Program sumbangan bakul Ramadan tersebut telah disertai oleh para sukarelawan remaja daripada beberapa buah sekolah di sekitar Ipoh. Sebanyak 10 buah bakul telah diedarkan kepada 10 buah rumah asnaf yang terpilih di kawasan Manjoi, Ipoh.

“Saya mahu lebih menghargai kehidupan yang sedia ada selepas ini.”, ujar salah seorang sukarelawan selepas merasai sendiri pengalaman menziarahi rumah dan menyantuni golongan asnaf yang kebanyakkannya hidup keseorangan dan mengalami masalah kesihatan yang serius.

Dalam majlis penutup program tersebut, Ustaz Muhammad Amirol bin Azmi yang merupakan Pengarah KRIM Ipoh berkata, “Kita memang menghendaki para remaja sentiasa mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi serta dibentuk dalam suasana iman dan pendidikan Islam yang sejati. Oleh itu, kita ajak mereka menterjemahkan objektif ini bersama-sama. Alhamdulillah sambutannya amat menggalakkan,”.

Program Sentuhan Ramadan ini turut diadakan di negeri-negeri lain di seluruh Malaysia oleh KRIM cawangan masing-masing.

Para sukarelawan yang menyertai program Sentuhan Ramadan bergambar bersama fasilitator dan urus setia

 

Menyampaikan sumbangan sambil menyantuni para penerima bakul Ramadan

 

Siti Noor Atifah binti Mohamad Asri

Biro Komunikasi dan Multimedia Isma Ipoh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *