KRIM Ipoh Suntik Jati Diri Remaja Melalui Bersukan

Pasukan Majdi yang telah merangkul gelaran juara bergambar kenangan bersama Rosidi dan pengarah program.

Oleh Muhammad Nasrulazam Bin Nazri

IPOH, 29 April – “Falsafah sukan ialah tidak ada yang kalah, yang ada hanyalah usaha yang gigih, usaha sehingga kemenangan,” kata Eimiza Qamal bin Azmi, Ketua Unit Sukan PPD Kinta Utara ketika berucap merasmikan pertandingan futsal anjuran Kelab Remaja ISMA (KRIM) cawangan Ipoh sempena Karnival Sukan Remaja Muslim (KASRIM).

Pertandingan tersebut telah disertai oleh 56 orang remaja lelaki daripada beberapa buah sekolah di sekitar Ipoh. Sebanyak 7 pasukan yang terdiri daripada 8 orang pemain bagi setiap pasukan telah berentap di gelanggang Prosport Meru dalam usaha merebut pingat emas dan melakar kejayaan bersama pasukan.

Turut hadir memeriahkan pertandingan tersebut adalah Setiausaha Isma cawangan Ipoh, Tuan Haji Rosidi bin Shahari.

semasa ucapan ketika penutup Rosidi berkata, “Anak muda kini berdepan dengan ancaman fitnah gajet yang semakin hari semakin menghilangkan fokus dan melesukan semangat remaja. Justeru, program sebegini  merupakan salah satu inisiatif yang baik bagi menyediakan wadah buat masyarakat umum khususnya remaja agar melibatkan diri dalam akiviti yang bermanfaat, sekaligus memupuk amalan bersukan untuk kesihatan tubuh badan dan minda.”.

Hal ini dilihat seiring dengan objektif program KASRIM ini sendiri iaitu menanam kesedaran dan motivasi kepada para remaja untuk mereka mengenali potensi dan kekuatan yang boleh disumbangkan kepada masyarakat dan pada masa yang sama mendapat suntikan semangat untuk terus membawa imej positif.

Pertandingan ini telah dimenangi oleh pasukan Majdi, yang telah menumpaskan pasukan Balik Awal FT pada pusingan akhir.

Tuan Haji Rosidi bin Shahari menyampaikan cenderahati kepada Eimiza Qamal bin Azmi.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *