KRIM, Pemuda Isma pupuk asas kepimpinan pelajar Johor Bahru

Oleh : Muhammad Taqiuddeen Bariman

JOHOR BAHRU, 22 Februari – Kelab Remaja Isma (KRIM) Johor Bahru dan Pemuda Isma Johor Bahru telah bergabung tenaga mengendalikan Program Kepimpinan Pengawas dan Majlis Perwakilan Pelajar di dua buah sekolah di sini.

Program yang dirangka khusus untuk barisan kepimpinan pelajar Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Johor Bahru ini memberi penekanan kepada penerapan nilai-nilai asas pemimpin remaja.

Ust AD Satiman menarik perhatian pelajar di SMK Teknik Johor Bahru

AJK KRIM Isma Johor Bahru, Ustaz AD Satiman yang mengendalikan sesi di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru berkata, jiwa yang besar merupakan antara kriteria terpenting yang perlu dimiliki dan dibina oleh seorang pemimpin.

“Sikap berjiwa besar ini akan mempengaruhi keberkesanan kepimpinan anda dalam memikul amanah dan tanggungjawab, serta keupayaan anda untuk melakukan pembaharuan ke arah penambahbaikkan,” ulas beliau semasa sesi tersebut.

Penceramah bersama peserta dalam program di MRSM Johor Bahru yang dihadiri oleh pelajar tingkatan 2, 3 dan 4.

Manakala di MRSM Johor Bahru, program ini telah dipimpin oleh Ketua Penyelidik Interdisciplinary Research and International Strategy (IRIS), Encik Luqman Abdul Hamid. Beliau berpesan bahawa seseorang pemimpin sangat dituntut untuk meningkatkan kemahiran diri seperti kemahiran berkomunikasi dan seni mempengaruhi manusia.

“Kemampuan berkomunikasi dengan berkesan amat penting kerana kita akan sering melibatkan diri dengan isu dan permasalahan manusia. Ini memerlukan pengurusan berhikmah dan penyelesaian terbaik daripada seorang pemimpin,” kata beliau kepada para peserta yang terdiri daripada kalangan pelajar Tingkatan 2, 3 dan 4.

Bagi mendapatkan makluman program akan datang, sila layari laman Facebook Kelab Remaja Isma Johor Bahru di pautan www.facebook.com/KRIMJohor/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *