KRIM terbitkan Modul Pembangunan Remaja yang komprehensif

photo_2015-05-18_18-39-17

Oleh Noradlina Zkeri

KUALA LUMPUR, 19 Mei – Sebuah Modul Pembangunan Remaja telah diterbitkan oleh Unit Pembangunan Modul Kelab Remaja ISMA (KRIM) Nasional yang diketuai oleh Hafizan Wahab dan Suhayl Salmi sebagai koordinator bagi Akademi Remaja KRIM (ARK).

ARK merupakan projek terbaru yang diperkenalkan oleh KRIM yang dikhususkan kepada remaja yang berumur 16 tahun.

Pembinaan modul ini dibantu oleh Unit Penggubal Modul yang terdiri daripada mereka yang profesional iaitu Soufi Anual, Faimaize Ibrahim, Sh. Maimunah Syed Zainal, Farah Wahidah Pauze, Nur Aisyah Mohamad Hijazi dan Fairul .

Modul ini dikeluarkan berdasarkan kepada pengalaman KRIM yang berhadapan dengan kelompok remaja hampir 14 tahun sejak ia ditubuhkan dalam me.

Selain itu, hasil dapatan daripada kajian-kajian berkenaan kehendak dan keperluan remaja yang telah dilaksanakan oleh Unit Penggubal Modul, turut menjadi input dalam pembinaan modul ini.

Modul ini mengandungi objektif serta kaedah perlaksanaan Akademi Remaja KRIM dan akan digunakan sepenuhnya di setiap cawangan KRIM di Malaysia.

Ujar Suhayl Salmi, dia berharap peserta-peserta akademi yang melalui modul ini dapat dibangunkan dan dikembangkan potensi yang ada dalam diri mereka.

“Hal ini kerana, KRIM amat yakin bahawa setiap remaja mempunyai potensi atau bakat tersendiri yang terpendam dalam diri. Peranan kita adalah kita mencungkil bakat mereka dan menunjukkan cara menyalurkan potensi yang ada ke jalan yang betul,” ujarnya.

Dalam Majlis Pelancaran Akademi Remaja KRIM bertempat di International Youth Centre dua hari lepas, Pengarah KRIM Nasional, Asmadi bin Abdul Samad telah menyerahkan 27 buah salinan modul kepada wakil-wakil KRIM cawangan untuk dijadikan panduan perlaksanaan ARK di cawangan masing-masing.

photo_2015-05-18_18-39-09