Krisis Jenayah Seksual Paderi dan Vatican yang tidak berkesudahan

 

Sumber: http://santiagotimes.cl/2018/01/16/pope-francis-sorry-for-chile-priest-sex-abuse/

 

“Jenayah seksual merupakan titik kelemahan pada kredibiliti Pope Francis. Ianya sangat mengejutkan bagaimana Pope masih tidak dapat menangani perkara ini dengan lebih tegas”

 

Berikut merupakan ulasan yang diberikan oleh Massimo Faggioli, Pakar Vatican dan Teologi di Villanova University di Philadelphia, Amerika Syarikat berikutan isu jenayah seksual oleh paderi yang sedang hangat dibahaskan di Chile ketika ini.

Chile, sebuah negara di Amerika Selatan dikenali sebagai sebuah negara yang kuat berpegang kepada agama Kristian Katolik menyaksikan kes jenayah seksual berprofil tinggi dalam kalangan paderi mereka.

Pada tahun 2011, dunia melihat bagaimana penjenayah pedofilia, Paderi Fernando Karadima hanya di beri hukuman “bersara untuk berdoa dan kesal dengan kesalahan yang dilakukan” walaupun sudah disabitkan bersalah atas jenayah melakukan serangan seksual kepada kanak-kanak di bawah umur.

Malah, rentetan episod ketidakadilan hukuman yang diberikan oleh Vatican telah menyebabkan jumlah rakyat Chile yang mengaku mereka adalah penganut Katolik menurun mendadak daripada 74 peratus pada tahun 1995 kepada 45 peratus. Kaji selidik ini telah pun dilakukan oleh sebuah badan pemikir yang berpusat di Santiago pada bulan ini.

Bukan sekadar itu, beberapa protes anti-Pope turut dilaksanakan beberapa pihak bagi menunjukkan ketidakpuashatian mereka atas isu ini.

Justeru, krisis ini menimbulkan keraguan terhadap kredibiliti Vatican dalam mempengaruhi gereja-gereja di seluruh dunia. Sekiranya, paderi yang melakukan jenayah berat sebegini boleh dilepaskan tanpa hukuman setimpal, berbanding pesalah biasa yang bukan paderi, apakah yang cuba disampaikan oleh Vatican?

Selain itu, sebuah portal berita Amerika Syarikat turut mengumpulkan kesemua kes jenayah seksual berprofil tinggi dalam kalangan paderi sepanjang dekad ini. Malah, ada sesetengah kes dibiarkan tanpa sebarang hukuman.

  • USA, 1985 – Paderi Thomas Doyle telah didedahkan dengan jenayah seksual oleh para paderi dalam sebuah laporan yang diserahkan di Konferens Bishops Amerika Syarikat. Namun akhirnya laporan tersebut diendahkan dan tidak dibawa ke tindakan susulan.
  • Austria, 1998 – Cardinal Hans Hermann Groër of Vienna diarah untuk melepaskan jawatannya kerana didakwa melakukan jenayah seksual terhadap kanak-kanak lelaki. Groer memberi kenyataan maaf namun tiada hukuman dijatuhkan.
  • USA, 2002 – Paderi John Geoghan menjadi perhatian atas kesalahan gangguan seksualnya di Boston.
  • USA, 2004 – Seramai 4000 paderi telah mendapat tuduhan melakukan gangguan seksual antara tahun 1950 sehingga 2002, menurut laporan John Jay College of Criminal Justice.
  • Ireland, 2009 – Laporan oleh kerajaan Ireland mengesahkan bahawa pihak berkuasa Gereja Ireland telah menipu dan melindungi jenayah seksual yang dilakukan paderi di negara itu.
  • Pelbagai Negara, 2010 – Sekali lagi jenayah yang sama berlaku di Austria, Jerman, Belanda, Sepanyol, Switzerland dan Brazil, negara populasi penganut katolik terbesar di dunia.
  • Belanda, 2011 – Ribuan kanak-kanak menjadi mangsa jenayah seksual di Gereja Roman Katolik Belanda sepanjang enam dekad dan seramai 800 penjenayah dalam kalangan paderi telah dikesan.
  • Republik Dominic, 2014 – Paderi Wesolowski yang memegang jawatan tertinggi dalam pentadbiran gereja katolik telah disabitkan bersalah atas jenayah yang sama beserta pemilikan bahan lucah kanak-kanak.
  • Australia, 2017 – Cardinal George Pell telah disabitkan bersalah atas beberapa kesalahan seksual.

Justeru, kes jenayah seksual dalam kalangan paderi gereja Katolik tidak boleh lagi dianggap sebagai kes terpencil melihatkan jumlah mangsa yang begitu banyak beserta profil penjenayah yang bukan sebarangan.

Bukan sekadar menjatuhkan imej Vatican, Pope dan penganut Kristian secara keseluruhannya, malahan menimbulkan persoalan kepada warga dunia tentang bagaimana jenayah sebegini boleh bertahan berdekad lamanya tanpa sebarang perubahan dan bagaimana mereka yang terlibat masih boleh mendiamkan diri dengan krisis yang berlaku.

Bahkan, terkini Pope Francis dikatakan turut bersama ”menangis dan kesal” dengan mangsa-mangsa gangguan seksual di Chile. Sehingga kini tiada pendakwaan dilaporkan untuk kes tersebut.

Rujukan:

  1. https://www.reuters.com/article/us-pope-chile-shame/pope-meets-victims-of-child-sexual-abuse-in-chile-cries-with-them-idUSKBN1F51BZ
  2. https://www.washingtonpost.com/world/the_americas/pope-francis-under-pressure-to-confront-sex-abuse-in-chile/2018/01/16/ca923c4e-fa7a-11e7-9b5d-bbf0da31214d_story.html?utm_term=.851156ab4586
  3. http://www.nytimes.com/2011/02/19/world/americas/19chile.html?_r=1
  4. http://edition.cnn.com/2017/06/29/world/timeline-catholic-church-sexual-abuse-scandals/index.html

 

Hanis Noor

Aktivis Isma

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *