Kuatkan hati bersama dalam jalan dakwah

dr kahirol

Oleh Norlia Salleh

KOTA SAMARAHAN, 17 Mac- Ikatan Muslimin Malaysia cawangan Kuching dan Samarahan hari ini telah mengadakan Daurah Sarawak yang mengumpulkan kesemua ahlinya dari seluruh Sarawak.

Pada program tersebut, YDP ISMA Kuching, Dr Mohd Khairol bin Jambli telah mengingatkan semua ahli agar menajamkan semula azam-azam yang telah ditanam dalam hati di awal permulaan tarbiyah dahulu.

Dr. Mohd Khairol menasihatkan ahli agar jangan pernah merasakan diri tidak layak untuk memikul tanggungjawab dakwah.

“Allah telah pun memilih kita untuk bersama dalam jalan ini,” katanya di Pusat Islam Tun Abang Salahuddin, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

sa

Di akhir ucapannya pada program tersebut, dia mengingatkan bahawa Allah tidak akan membebankan seseorang itu dengan perkara yang tidak setimpal dengan kekuatannya. Oleh itu, telah terbukti bahawa sebenarnya kita mampu untuk menggalas tugasan dakwah ini, kerana kita adalah merupakan golongan yang terpilih untuk bersama dalam jalan ini.