Kunjung hormat Timbalan Presiden Kelab Bolasepak Isma Shah Alam ke atas PBMS

AMPANG JAYA, 28 Disember – Kelab Bolasepak Isma Shah Alam (KBISA) melalui Timbalan Presiden Encik Mohd Hazwan Ab Halim telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Persatuan Bolasepak Melayu Selangor (PBMS) yang juga merupakan Exco Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Encik Mohd Firdaus Bin Mohamed di sini.


Turut menyambut kehadiran wakil KBISA ialah pemangku Setiausaha PBMS, Encik Mohd Nizam Hashim dan Exco PBMS Mat Tarmizi Bin Ahmad.

Dalam kunjungan selama kira-kira 45 minit tersebut, Encik Firdaus memberikan penerangan dan penjelasan berkenaan latarbelakang, visi dan misi PBMS dalam pembangunan bola sepak negara. Selain turut membincangkan berkenaan permohonan KBISA untuk menjadi ahli gabungan PBMS, kedua-dua pihak sempat berbincang tentang isu-isu semasa bola sepak di Selangor dan perancangan masing-masing untuk tahun 2018.

Encik Mohd Hazwan yang juga Exco Kelab Bolasepak Isma, senada dengan aspirasi Presiden PBMS yang mahukan semua pemain PBMS untuk menjadi seorang yang taat kepada Allah seterusnya memberi impak dalam permainan mereka seperti contoh yang di tunjukkan oleh Mohamad Salah, pemain kebangsaan Mesir.

Pihak PBMS berharap KBISA akan turut sama membantu mereka membangunkan potensi pemain daripada akar umbi yang bukan sahaja memiliki kemahiran taktikal bola sepak yang baik malah mempunyai jati diri Islam dengan akhlak yang cemerlang.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *