Kunjungan Pemuda Pas Ipoh bertemu Pemuda Isma Ipoh Membincangkan Masa Depan Umat

IPOH, 28 ZULHIJAH 1438H, Selasa – Kunjungan pemuda PAS menemui barisan kepimpinan Isma baru-baru ini membuktikan peranan PEMUDA Isma telah mula dirasai oleh masyarakat walaupun masih baru ditubuhkan.

Pertemuan tersebut diadakan bagi membincangkan beberapa isu umat Islam di Malaysia dan mencari kesepakatan dalam memperjuangkan Islam di Malaysia.

“Termasuk juga dibincangkan ialah pengaruh besar dan merosakkan oleh parti rasis dan cauvinis DAP dalam menggugat institusi Islam serta kelompok-kelompok yang bersekongkol dengan mereka,” ujar Ustaz Mohammad Izhar Bin Zainal, Ketua PEMUDA Isma Cawangan Ipoh.

Antara perkara yang dikemukakan dalam pertemuan tersebut termasuklah isu ketuanan Melayu yang selama ini diperjuangkan oleh Isma melalui slogan ‘Melayu Sepakat Islam Berdaulat’ yang kini diterima baik pihak PAS.

Isma khususnya barisan PEMUDA Isma sedia berkerjasama dengan mana-mana pihak yang meletakkan perjuangan Islam sebagai matlamat perjuangan yang tertinggi. Isma juga akan terus menyokong calon-calon Muslim yang berwibawa sebagai pemimpin masyarakat bukan atas dasar politik kepartian.

Pertemuan tersebut juga diadakan bagi mengeratkan hubungan antara pimpinan Isma bersama barisan Pemuda PAS.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut adalah Setiausaha PEMUDA Isma Cawangan Ipoh, Ustaz Fadhil bin Yahya, Setiausaha Isma Cawangan Ipoh, Muallim Rosidi Bin Shahari dan Ketua Biro Belia Isma Cawangan Ipoh, Ustaz Syed Salahuddin Bin Syed Ayob.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *