Kutipan Amal Korban Melalui Perlawanan Persahabatan Bola Sepak

BANGI, 5 Ogos 2018 – Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Pemuda Isma) cawangan Daerah Hulu Langat (DHL) bersama-sama dengan Kumpulan KIAM (Al-Islah, Perintis & SEE) juga Akademi Tahfiz Al-Islah telah menganjurkan Perlawanan Persahabatan Bola Sepak 4 Penjuru yang bertempat di Institut Latihan Kehakiman & Perundangan (ILKAP).

Perlawanan persahabatan tersebut bertujuan mengumpul kutipan amal korban untuk masyarakat di Kemboja, Selatan Thai dan pedalaman Sabah sempena Hari Raya Aidil Adha yang bakal tiba tidak lama lagi.

Menurut Ketua Pemuda Isma DHL, Ustaz Ibrahim bin M Hasan, pihak penganjur cuba untuk menggunakan pendekatan yang lebih dekat dengan jiwa anak muda dalam mengadakan kutipan amal dengan mengadakan perlawanan persahabatan seperti ini.

Dalam perlawanan tersebut juga menyaksikan Maahad United berjaya muncul juara manakala Pemuda Isma DHL telah meraih gelaran Naib Juara. Dua lagi kumpulan, SEMESDIANS dan Gugusan Sastera UKM sekadar meraih tempat ke-tiga dan ke-empat.

 

Ammar Ahmad Raji

Wartawan Isma Hulu Langat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *