Lagi Sumbangan Bakul Ramadhan di HRPZII, HUSM Kubang Kerian dan Komuniti Pesakit

KOTA BHARU, 20 Jun 2017, SELASA – ISMA Kota Bharu bersama i-Medik Kelantan, Yayasan Ikhlas, Wanita ISMA KB, KRIM, dan i-Guru sekali lagi telah menganjurkan majlis penyerahan sumbangan Bakul Ramadhan. Kali ini program ini diadakan  di  Bilik Serbaguna, Unit Kebajikan Perubatan, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

 

Dalam program ini, sumbangan telah disampaikan oleh Pengurus Yayasan Ikhlas Kelantan, Ustaz Abdul Rahman Iskandar, kepada sepuluh orang pesakit kurang berkemampuan. I-Medik Kelantan telah diwakili oleh Encik Mohd Ridhuan Ali.

 

Terdahulu, ISMA Kota Bharu dan agensi-agensi berikut telah berjaya mengagihkan sumbangan kepada para pesakit di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) pada 18 jun 2017 (Ahad). Majlis ini dirasmikan sendiri oleh Yang Berbahagia Dr. Hjh Selasawati bt Hj. Ghazali, Pengarah HRPZ II. Beliau menzahirkan penghargaan kepada I-Medik dan Yayasan Ikhlas kerana menganjurkan sumbangan Bakul Ramadhan 2017 kepada pesakit HRPZ II.

  

Beliau menyampaikan sumbangan kepada penerima yang merupakan pesakit HRPZ II, dari golongan asnaf dan kurang berkemampuan. Sejumlah 30 pesakit menerima sumbangan yang disampaikan dalam bentuk barangan keperluan harian dan sampul duit raya.

 

Sumbangan juga turut disampaikan kepada komuniti pesakit psikiatri HRPZII.

    

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *