LAKSANA SOLAT BERJEMAAH SELARI DENGAN KEHENDAK FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Saranan pihak PPD Kuantan bagi melaksanakan solat zohor berjemaah di Sekolah Menengah mendapat respon yang pelbagai. Saya sebagi guru menyokong penuh hasrat murni ini bagi lahirkan generasi yang bukan sahaja celik teori, bahkan diperkukuhkan melalui amali dan praktikal.

Ia sejajar dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara iaitu bagi melahirkan individu-individu yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelektual dan spiritual.

Perlaksanaan solat zohor berjemaah ini sebenarnya telah lama wujud di sesetengah sekolah dan ia tidak menjejaskan perpaduan di kalangan pelajar bukan Islam. Tidak timbul isu pelajar bukan Islam berpindah ke sekolah lain hanya kerana ini.

Perlaksanaan solat berjemaah ini boleh dijadikan medium melatih disiplin serta sifat kepimpinan dan secara tidak dapat membantu membendung masalah sosial yang semakin berleluasa dalam kalangan anak muda kini.

Firman Allah yang bermaksud,

Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.” (al-Ankabut: 45)

Sudah menjadi tanggungjawab guru-guru mendidik anak murid bukan sahaja dalam aspek akademik malah agamanya, solatnya, auratnya, dan lain-lain kerana itu semua bukan isu peribadi tapi isu ummah. Hakikatnya sekolahlah institusi yang menjadi tempat pendidikan terbaik sama ada teori dan praktikalnya sesuai dengan silibus yang merentas kurikulum.

Puan Farhana Zawani bt Mohd Lazim
YDP i-Guru Kuala Lumpur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *