Lari dari medan dakwah bukan ciri mukmin

r3

JITRA, 15 Dis – Naib Yang Dipertua ISMA Cawangan Alor Setar, Ustaz Mohd Kashfi Ali menegur tindakan segelintir masyarakat Islam yang bersikap berkecuali daripada perjuangan menegakkan syariat Islam.

Menurutnya, kebejatan maksiat dan kerosakan sistem kehidupan dunia bukanlah alasan untuk lari dari usaha dakwah dan tarbiyah.

“Mukmin yang sebenar ialah mukmin yang sentiasa bersegera menentang kejahatan, bukannya lari daripada medan dakwah dan perjuangan Islam,” katanya ketika Usrah Umum ISMA Zon Utara.

Pada masa yang sama, beliau yang juga Ketua Biro Tarbiyah ISMA Cawangan Alor Setar turut mengingatkan para aktivis dakwah bahawa ujian dan dugaan adalah suatu yang lumrah buat mereka yang terlibat dalam perjuangan Islam.

“Mereka yang berjuang mempertahankan Islam, berdakwah dan beramal dalam gerakan Islam yang syumul pasti akan berdepan dengan pelbagai ujian.

“Ujian merupakan Sunatullah dalam perjuangan,” ujarnya lagi.

Alfakhru Fauzi
Wartawan ISMAweb

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *