Liku-liku Merdeka

melayu-sepakat

Zaman penjajah

Sebelum Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511, Tanah Melayu adalah milik Sultan atau Raja Melayu bersama rakyatnya. Kedatangan Portugis diikuti oleh Belanda, British , Jepun dan berakhir dengan British untuk kali ke dua pada tahun 1957 adalah penjajah.

Adakah penjajah tidak menceroboh? Penjajah British telah membawa masuk pekerja asing ke Tanah Melayu dengan meletakkan mereka di ladang -ladang dan lombong-lombong bijih milik bangsa Melayu. Ladang dan lombong bertukar status pemilikan . Ini sejarah sebelum merdeka . Walaupun tidak diperkatakan secara jelas oleh teks atau penulisan sejarah, Tapi inilah hakikat sejarah.

Ambang Kemerdekaan

Sejarah terus berlalu, bangsa Melayu terpaksa melalui liku liku getir pula dengan kehadiran Parti Komunis Malaya. Apakah ideologi komunis. Bukankah sosialis sekular itu lahir dari ideologi komunis. Acuannya sama cuma diberi nama baru agar lebih mesra dan nampak bertamadun.

Rupanya tetap asal kosmetik yang menghiasinya. Persoalannya sekarang adakah Parti Komunis Malaya telah berkubur selepas Malaysia merdeka. Nama PKM sudah luput tetapi ideologi masih hidup dan diperjuangkan dengan pelbagai jenama dan istilah moden.

Selepas 59 tahun merdeka

Isma berpendirian Akta Hasutan perlu dikekalkan walaupun Presidennya dijatuhkan hukuman di bawah Akta Hasutan. Aneh bila ada mereka yang kononnya membela Presiden Isma agar Akta Hasutan dihapuskan dan tidak sewajarnya akta ini dikekalkan. Mereka bukan membela Presiden Isma . Apakah muslihat mereka yang sebenar?

Muslihat yang besar ialah mereka ingin kebebasan bersuara tanpa batasan. Apabila akta ini dimansuhkan bermakna peluang bagi mereka seluas-luasnya untuk mempertikaikan kedudukan bangsa Melayu dan Islam di Malaysia dengan alasan kebebasan bersuara dan keadilan. Akta ini sedikit sebanyak boleh menyekat kebebasan mereka .

Lebih-lebih lagi ada di kalangan mereka yang akan dibicarakan dibawah akta yang sama kerana memfitnah JAKIM sebagai mempromosi eksterisme. Jika akta ini dimansukhkan bukan setakat JAKIM sahaja yang menjadi mangsa mereka bahkan kedudukan Islam dalam Perlembagaaan Malaysia kerana meletakkan Islam sebagai agama Negara Malaysia.

Tanpa Akta Hasutan seolah-olah kita membenarkan negara kita berada dikancah huru hara dan kacau bilau kerana peluang ini akan digunakan sepenuhnya oleh mereka mengkritik tanpa batasan terhadap sistem kenegaraan yang kita bina sekian lama setelah kita merdeka berpandukan Perlembagaan Persekutuan.

Merdeka dan masyarakat majmuk

Masyarakat majmuk tidak menghalang untuk kita hidup rukun damai selagi mana kita hidup dalam kerangka kontrak soasial yang dinyatakan secara jelas dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Kontrak ini diterima pakai oleh semua bangsa di Malaysia setelah merdeka. Hasilnya masyarakat boleh hidup aman dan damai.

Jika roboh kontrak ini bermakna bermulalah titik hitam yang membawa kepada kehancuran. Kehancuran yang akan dialami oleh masyarakat Malaysia tanpa pengecualian mana-mana bangsa. Sebagaimana kata seorang Profesor berbangsa Cina dalam ruang BICARA di kaca TV,jika bangsa Melayu lemah dan porak peranda , bangsa lain pun akan mengalami keadaan yang sama.

Katanya lagi bangsa Melayu perlu kuat untuk menjaga keamanan dan kestabilan Malaysia. Kekuatan utama bangsa Melayu pula diukur sejauh mana mereka kembali kepada Islam. Bangsa Melayu perlu bangkit untuk bina kekuatan sendiri. Bangkit dalam ertikata bina jatidiri dalam semua aspek kehidupan.

Bangsa Melayu tidak boleh dipermainkan dengan mudah oleh musuh-musuh Islam dari dalam atau luar negara. Bijak dan bebas meletakkan hala tuju agama,bangsa dan negara. Jangan mudah dijual beli oleh musuh dengan pangkat dan harta akhirnya maruah agama, bangsa dan negara tergadai.

Ustaz Sharipudin bin Ab Kadir
YDP Isma Pasir Puteh
Merangkap
YDP Majlis Syura Isma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *