Majlis Anugerah Kecemerlangan DASAR 20: ISMA Samarahan Lakar Kecemerlangan

oleh: Mohammed Rasheedan bin Ellin

MIRI, 20 April – ISMA Samarahan baru-baru ini telah merangkul empat daripada sembilan kategori yang disenaraikan. Ini termasuklah; Anugerah Cawangan Terbaik, Anugerah Agensi Terbaik (PEMBINA Samarahan), Anugerah Tokoh Tarbiah Kategori Lelaki (Saudara Mohammed Rasheedan) dan Anugerah Tokoh Tarbiah Kategori Wanita (Saudari Nurfatin Nadhirah).

Majlis Anugerah Kecemerlangan ini diadakan untuk mengiktiraf kecemerlangan amal aktivis dan agensi ISMA Sarawak seterusnya mencetus inspirasi dan teladan ahli-ahli ISMA Sarawak dalam menuntun amal dakwah dan tarbiah mereka. Majlis Anugerah Kecemerlangan ini adalah yang julung-julung kali diadakan bersempena Daurah Sarawak (DASAR) yang ke-20 yang diadakan di Danum Ballroom, Imperial Hotel, Miri.

Antara kategori dan penerima anugerah lain adalah Anugerah Gaya Hidup Sihat (Saudara Muhammad Marcyril – ISMA Kuching), Anugerah Tokoh Tajmik Kategori Lelaki (Saudara Syafiq Muhammad – ISMA Zon Bintulu), Anugerah Tokoh Tajmik Kategori Wanita (Saudari Dayang Nurhidatulhikma – ISMA Zon Sibu), Anugerah Tokoh Dakwah dan Masyarakat Kategori Lelaki (Saudara Hafeez Morni – ISMA Kuching) dan Anugerah Tokoh Dakwah dan Masyarakat Kategori Wanita (Ustazah Nurazniza Ismail – ISMA Kuching).

Daurah Sarawak (DASAR) adalah program dua kali setahun yang dianjurkan oleh ISMA Sarawak dan untuk kali yang ke-20 ini telah dihoskan oleh ISMA Miri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *