Majlis Makan malam dan penyerahan Jersi ISMA KT FC

KUALA TERENGGANU, 11 Mei – Telah diadakan satu majlis makan malam bagi merai dan menyerahkan jersi pasukan ISMA KT FC kepada para pemain terpilih untuk mewakili pasukan ke Piala Presiden 2017 di Cafe Taman Usahawan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UNIZA) baru-baru ini.

“Majlis ini adalah untuk meraikan pemain dan sekali gus memberi semangat kepada mereka untuk bermain pada kejohanan Piala Presiden,” kata pengurus pasukan, Hazwan Yusof kepada 18 orang pemain.

Selain itu juga Ustaz Razali Musa, Yang di-Pertua (YDP) Isma Kuala Terengganu berkata, ini merupakan salah satu inisiatif dari pihak pengurusan sebagai langkah awal untuk memastikan para pemain sentiasa pada tahap psikologi yang baik bagi menghadapi perlawanan.

Perlawanan terdekat yang akan berlangsung adalah Perlawan Piala Presiden peringkat saringan negeri Terengganu, di Dungun. Menampil tiga pasukan utama dari Terengganu iaitu ISMA KT FC, ISMA Dungun FC dan ISMA Kemaman FC.

Rata-rata, para pemain terpilih kelihatan bersemangat selepas majlis makan malam itu diadakan. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *